
Hakcipta © 2018 Aibay Sdn Bhd, Hakcipta terpelihara
Powered by

Sedekah dan infaq adalah salah satu pintu kebaikan yang paling dicintai Allah s.w.t. "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (QS. Saba': 39).
Melalui Perkhidmatan Pembayaran Online K-Masjid – Sedekah & Infaq, orang ramai boleh menyumbang terus ke akaun masjid-masjid pilihan mereka, di mana saja dan bila-bila masa, dengan lebih mudah, cepat dan selamat. K-Masjid hanya menyediakan platform bagi memudahkan usaha murni tersebut.
Sementara pihak masjid pula boleh menerima sumbangan sedekah & infaq daripada orang ramai dari serata tempat bagi menjalankan aktiviti pembangunan ummah di masjid masing-masing.
Sedikit atau banyak, semuanya akan dihitung sebagai pahala disisi Allah s.w.t. Jadi marilah kita bersedekah dan menyumbang untuk pelaburan dalam saham akhirat nanti.
Setiap ahli Qariah sesebuah masjid yang telah berdaftar dengan Portal K-Masjid, kini boleh membuat pembayaran yuran bulanan keahlian mereka secara atas talian melalui Perkhidmatan Pembayaran Online K-Masjid - Yuran Qariah. Perkhidmatan Pembayaran Online ini membenarkan ahli qariah untuk membuat pembayaran di mana saja dan bila-bila masa.
Sementara di pihak masjid pula, laporan yang komprehensif mengenai kutipan secara online boleh dijana dengan pantas dan tepat jika dibandingkan dengan kutipan dan pengiraan secara manual.
Tabung Khairat Kematian dapat menggalakkan ahli qariah menderma berkongsepkan tabarru’ (pemberian secara sukarela) dan taawun (bantuan bersama) dengan kadar yuran tahunan yang mampu dilaksanakan. Agama Islam meletakkan darjat yang tinggi dan mulia kepada penderma yang membantu saudara Islam yang terkena musibah terutamanya kematian.
Bagi memudahkan urusan pembayaran yuran Khairat Kematian, Perkhidmatan Pembayaran Online K-Masjid–Yuran Khairat Kematian telah menyediakan platform bagi memudahkan ahli qariah untuk membuat bayaran yuran atas talian mengikut kadar bagi setiap masjid.
Dengan perkhidmatan bayaran ini juga, pihak masjid dapat mengurus dan mengumpul wang tabung dengan berkesan dan mengeluarkan wang kepada pihak berkenaan dengan kadar segera.
Penggunaan masjid sebagai institusi pengajian selain daripada tempat untuk melakukan aktiviti ibadah, adalah bersesuaian dengan inspirasi kemasyarakatan umat Islam masa kini. Program-program pengajian seperti kelas-kelas keagamaan dan juga kelas-kelas ilmiah yang lain seperti tazkirah, kuliah dan ceramah perdana banyak dilaksanakan bagi mengimarahkan masjid dan mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat Islam itu sendiri.
Perkhidmatan Pembayaran Online K-Masjid-Yuran Pengajian telah menyediakan platform pembayaran atas talian bagi memudahkan urusan pembayaran yuran program pengajian yang akan dianjurkan oleh pihak masjid. Yuran ini bagi membiayai perbelanjaan penganjuran program-program pengajian tersebut.
Hakcipta © 2018 Aibay Sdn Bhd, Hakcipta terpelihara