Pengumuman

Solat Jumaat mengikut SOP PKPB

Ibadah solat Jumaat hari ini di pusat pentadbiran negara dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ia selaras pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berkata perkara itu diputuskan selepas berbincang bersama Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum dipersembahkan serta diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Untuk jumlah jemaah solat Jumaat di masjid bawah pentadbiran JAWI tidak melebihi 50 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau dengan penjarakan satu meter antara jemaah.

SOP PKBB untuk solat Jumaat antaranya kena datang ke masjid dengan pelitup muka, jika boleh berwuduk di rumah, ikut penjarakan fizikal, cek suhu dan kali ini ditetapkan hanya 50 jemaah sahaja.

Sumber : JAKIM